iklan nuffnang

menu

Saturday 30 May 2015

n3_my Life: Raikan Cinta

Raikan Cinta



                                                           بسم الله الرحمن الرحيم.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nuur 24; Ayat 32 yang bermaksud :


“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”



Assalamualaikum w.b.t . Alhamdulillah ala kulli hal , ku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi , atas  limpah dan kurnia-Nya dapat lagi ana update blog ana yang tak seberapa ni . Huhu .  Mungkin tak semua apa yang kita hajati akan kita kecapi dalam hidup ini . Kita merancang , Allah yang menentukan .

Seperti kisah aku dan si dia . Alhamdulillah , setelah banyak dugaan yang kami lalui , akhirnya terbina juga masjid . Tak ku sangka , tak ku duga , tak terkata . Kalau sahabat-sahabat yang rapat , mesti kata “gaduh-gaduh kahwin juga akhirnya” , “dulu bukan main taknak , last-last kahwin juga”


Terima kasih kepada yang hadir ke majlis kami dan terima kasih juga buat yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami . Terima kasih , terima kasih dan jutaan terima kasih kepada semua pihak , terutama ibu dan bapa , kaum keluarga , sanak-saudara yang memeriahkan dan menjayakan majlis kami . Jasa baik kalian amat kami hargai .


12-12-14



13-12-14





20-12-14



Nabilah & Nazri




""Life was meant to be lived, and curiosity must be kept alive"

No comments:

Post a Comment