iklan nuffnang

menu

Friday 30 November 2012

n3 : kelas pertama di bawah naungan nazuriS

kelas pertama di bawah jajahan nazuriS

 Berdiri dari kiri : Syakirin, Awang, Farhan, Muhaimin, Syukri, Muhd Amin, Alif, Taufik, Faiz, Rithaudin, Shahrul, Badrul Amin, Khalili, Afiq, Hanzalah, Fakhrurazi, Azrul Amin

Duduk dari kiri : Hidayah @ budak kecik, Balqis, Izzati, Erin, Asyikin, Kamilah, nazuriS, Nisa khairun, Aisyah solleh, Ain, Fadilah, Aisyah malek, Anis

Adei (awal2 da mengeluh)......memang penat dan memeningan kepala tuk menjaga kelas 2D ni...macam2 karenah dan kedegilan.ade la beberapa orang jek yang boleh diharap itu pon ciput sangat..apa2 pon....hoooray, kontrak bersama 2 ikram telah tamat...Alhamdulillah ! ttp ade lg beberapa isu berkenaan yuran kelas yg masih blom setel, adei da abes tahun pon masih lagi menghantui diriku ini.....semoga adik2 2 ikram ni akan insaf dan sedar pada tahun depan almaklumlah da nak PMR...sama2 lah kita doakan kejayaan mereka

"Live with no excuses and love with no regrets" 

credits to : nazuriS

n3 : My Big Family

alhamdulillah dapat juga berkumpul beramai-ramai...kali ni 1st time erjaya mengumpulkan kesemua ahli keluarga, anak2 serta cucu-cucu mezah ni...

erm...ade berapa orang semuanya ea?tiap kali ditanya pasal anak buah, mesti kene kira smula ade berapa orang kesemua nye...bukan x ingat, cuma kejap2 ade jek yang baru...paling latest hujung bulan 5 2012 baru ni...dalam gambar ni x de lagi (time tuh belom lahir)...tup2 x lama lg bakal tambah 2 org anak buah baru plak...erm, tuan punye blog ni jek bila laaaa nak beranak....rasa-rasa nyer sampai sudoh ler x beranak (meme r, da lelaki...pompuan jek yg beranak oi! hahhahahah) kawen pon x lagi, gulp, termasuk topik sensitip r plak.....ok, kembali ke jalan yang benar dulu...n3 kali ini adalah berkenaan dengan familyku yang buleh di kira besar la jugak, tp bukan besar dari segi saiz badan, tetapi besar dari segi jumlah or nak glamor skit banyak dari segi kuantiti...

baiklah, secara ringkas nyer macam ni:

1 - Samsudin bin jaafar @ mezah (skang ni da jd hj. Mezah, kui3x)
2 - Alus binti seman @ zamaah (hjh. ma'ah)
3 - Ahmad Razal + Kak Abby
   - Itqan
4 - Azhar + Faezah
   - Mohd Haziq
   - Faqihah
   - Iqbal
   - Baihaqi
   - Qardawi
   - Faeqah
   - Atiqah Farzana
5 - Hamidah
6 - Azlan + Izzah
   - Afif Aiman
   - Asha
   - Khairina
7 - Norazmi + Kak Ita
   - Syakif
8 - Suhaidah + Fazli
   - Amsyar
9 - Suzana + Marza
   - Safiah Humairah
   - Rifqi
   - Ainul mardhiah @ bek enon
10 - Suriaty + Auza'e
11 - Muhamad Nazri @ nazuriS
12 - Muhamad Lukman
13 - Hasimah

"Live with no excuses and love with no regrets" 

credits to : nazuriS

Tuesday 27 November 2012

physics : mari mengenali fizik eps 1



n3 percubaan untuk memenuhkan page physics ni...




"Apply physics in daily life"

credits to : chuckpcr

Monday 26 November 2012

::: Al-Qaradhawi Menyokong Perintah Presiden Mesir :::

::: Al-Qaradhawi Menyokong Perintah Presiden Mesir :::

Al-`Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi – Ketua Kesatuan Ulama Sedunia menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir, atas perintah baru yang dikeluarkan.

Al-Qaradhawi menyifatkan pendirian Presiden :

“Pendiriannya adalah seperti seorang pahlawan yang tidak takut kepada orang-orang mahir. Bahkan, dia hanya melakukan tindakan yang dituntut oleh masyarakat dan diperlukan oleh masyarakat.”

Dalam Khutbah Jumaat yang sama di Doha, beliau turut menyatakan pujian yang sama atas pendirian Mesir dalam pencerobohan Israil baru-baru ini di Gaza.

Dalam perintah yang dikeluarkan oleh Presiden Mesir Khamis lalu, perintah menyatakan pemecatan Peguam Negara yang mengikut sistem kerajaan dahulu. Kemudian, perintah tersebut menggantikan Tala`aat Abdullah sebagai Peguam Negara. Begitu juga, perintah menambah dua bulan lagi bagi menyempurnakan Perlembagaan.

Syeikh Al-Qaradhawi berkata bahawa; Perlembagaan yang dibentuk oleh Majlis Perlembagaan di Mesir sekarang ini dipenuhi dengan akta-akta yang menarik, yang tiada pada perlembagaan lain. Di dalamnya akta-akta yang disepakati oleh semua.

Beliau mengkritik perlembagaan lama :

“ (Perlembagaan lama) tidak mengandungi perkara yang menekankan kepentingan iman kepada Allah. Kita ini bukanlah ateis (tiada agama). Kita semua(di mesir) adalah orang Islam atau orang kristien. Kita semua beriman kepada Allah.”

Al-Qaradhawi juga mengkritik mereka yang menolak perlembagaan ini :

“Di sana terdapat manusia yang tidak mahu menerima kebenaran. Bahkan, yang tidak menerima itu adalah hawa nafsu. Hawa nafsu mereka sendiri, atau hawa nafsu dari orang sekeliling mereka.”

Beliau juga menasihati rakyat Mesir :

“Tidak boleh bagi rakyat Mesir untuk saling berlawan antara mereka. Bahkan, hendaklah mereka semua bersatu sepertimana gigi-gigi yang tersusun sama, setiap darinya menyukai antara satu sama lain, dan hormat menghormati sesama mereka.”

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berdoa kepada Allah semoga rakyat Mesir bersatu dalam satu kesatuan.

Seterusnya, khutbah tersebut diteruskan dengan berbicara tentang ayat-ayat Al-quran. Ia dipenuhi dengan isi kandungan yang berbicara tentang pemerintah menurut Al-Quran.
 
Penterjemah : Syihabudin Ahmad
Rujukan Arab : http://www.iumsonline.net/ar/default.asp?menuID=26&contentID=5247
— with Abumuaz Ahmad.

n3 : kenangan lama zaman belajar


ha3x...klakar r plak tgk balik sejarah2 lama ni


"Live with no excuses and love with no regrets" 

credits to : nazuriS

blogger again



herm....da lama x bukak blog ni, da berkarat da rupenyer....kembali menghidupkan blog ni sebab assignment tuk sambung blajar...da x reti da gune blog ni....study balik r....

"Live with no excuses and love with no regrets" 

credits to : nazuriS