iklan nuffnang

menu

Thursday 26 December 2013

n3 :Kaedah Pembelajaran KOLB

persediaan final exam tuk semester 1 sesi 2013/14


Terdapat dua kaedah pembelajaran refleksi;
a)            Pembelaran KOLB (1984)
b)            Pembelajaran GIBBS (1988)

a) Kaedah Pembelajaran KOLB

Kaedah Teori Pembelajaran kitaran KOLB menyarankan bahawa refleksi membolehkan guru atau pelajar menegetahui tentang pola tindakan yang berlaku di dalam prose pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan refleksi membolehkan guru atau pelajar untuk membentuk konsep-konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat generaisasi .

Malah KOLB menyatakan:
Pembelajaran merupakan satu proses integrasi yang berada dalam satu kitaran dan bermula dengan pengalaman diikuti dengan pengumpulan data dan pemerhatian tentang pengalaman tersebut. Data akan dianalisis dan kesimpulan yang diperolehi akan digunakan untuk mengubahsuai tingkahlaku dalam menghadapi satu situsi pengalaman yang baru
(Kolb, dalam Sadler-Smith, 1997)

Kolb (1984) menyatakan bahawa dalam proses pembelajaran, sesorang individu akan melalui empat peringkat kitaran pembelajaran yang saling berkaitan antara satu sama lain dan saling bantu membantu bagi mencapai objektif pembelajaran. Kitaran pembelajaran menurut teori Kolb ini bermula daripada peringkat Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE) à Pemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO) à Pengkonsepsian Abstrak (KA) / Abstarct Conceptualize (AC) à Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE).


Rajah 9.2 menggambarkan secara ringkas Model Teori Pembelajaran Refleksi. Model ini boleh diperincikan seperti berikut:

Rajah 9.2: Model dan Kitaran Teori Pembelajaran Refleksi




LANGKAH PEMBELAJARAN KOLB
KEBOLEHAN

AKTIVITI

PENGLIBATAN
Concrete Experience
(CE)
Libatkan diri dengan pengalaman baru
Feeling
Reflection Observation
(RO)
Fikir dan perhatikan pengalaman dari semua sudut
Watching
Abstract Conceptualize (AC)
Cipta konsep-konsep yang diintegrasikan dari pengalaman pengamatan teori
Training
Active Experience (AE)
Gunakan teori bagi memecahkan masalah serta membuat keputusan
Doing

Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE)
Dalam pengalaman konkrit, pelajar terlibat dengan pengalaman baru. Intuisi amat ditekankan. Pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah beradaptasi ,intuitif dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.


Pemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO)
Pelajar menjadi pemerhati yang objektif. Kemahiran mendengar, memerhati dan menyedari perubahan amat penting bagi individu yang terlibat dalam gaya pembelajaran ini. Ia juga menerangkan sikap pelajar reflektif menyatakan bahawa sesetengah orang gemar bersikap ‘tunggu dan lihat, memerhati dan mendengar perbincangan orang lain terlebih dahulu dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan apabila soalan diajukan, mereka mengambil masa untuk berfikir, teragak-agak dan kurang berkeyakinan.


Pengkonsepsian Abstrak (KA) / Abstarct Conceptualize (AC)
Pelajar berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk konsep, teori dan idea. Aspek pemikiran ditekankan berbanding intuisi.

Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE)
Pelajar terlibat secara langsung dengan persekitaran. Gaya dominan yang terlibat dalam eksperimentasi aktif ialah pengujian. Startegi utama adalah mencari jalan penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang praktikal. Mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif.



Kolb juga telah mengkategorikan pelajar atau individu ke dalam kumpulan yang dikenali sebagai diverger, asimilator, konverger dan akomodator berdasarkan empat gaya pembelajaran yang tersebut.

1.            Diverger
               
Ciri-ciri diverger ialah mempunyai kebolehan dalam menjana idea, membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit, suka mendengar dan berkongsi idea, gemar menyatukan pengalaman dengan perasaan, mempunyai imaginasi yang baik, jelas serta nyata dan memprosesnya dengan cara membuat pemerhatian yang reflektif bagi melahirkan idea yang baru tanpa sebarang praktikal. Mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif.

2.            Asimilator

Asimilator pula mempunyai kekuatan pada kebolehan mencipta model berasaskan teori dan memahami konsep yang abstrak, yang memerlukan analisis lebih mendalam, tetapi memproses maklumat tersebut secara pemerhatian reflektif, gemar menyatukan pemerhatian dengan pengetahuan sedia ada dan ingin sentiasa mendapat jawapan yang betul dalam menyelesaikan masalah.

3.            Konverger

Konverger pula merupakan pelajar yang aktif, gemar menyatukan teori dan praktis, menggunakan pengetahuan abstrak dan juga akal waras (common sense), memprosesnya dengan cara membuat percubaan dan latihanyang aktif serta mempunyai kelebihan dalam mengaplikasikan idea-idea yang praktikal dalam proses pembelajaran.

4.            Akomodator

Akomodator pula merupakan pelajar yang sangat aktif dan kreatif, belajar dengan mencuba hingga berjaya tanpa bantuan dari pengajar, merupakan kumpulan yang bersifat intuitif, menjana kesimpulan berasaskan intuisi, berani mengambil risiko dalam melakukan sesuatu, membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit sahaja dan memprosesya dengan cara membuat percubaan dan latihan yang aktif. Mudah beradaptasi dengan situasi baru dan mempunyai kebolehan semulajadi sebagai ketua.


Aplikasi pembelajaran Kolb dalam bilik darjah boleh dilakukan melalui memberi sesuatu tugasan atau projek mengikut keupayaan dan pengalamn pelajar. Setiap tugasan dan projek perlu dirancang agar matlamat pembelajaran dan pendekatan teori pembelajaran Kolb tercapai. Berikut contoh yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Arahan: Cadangkan satu tugasan atau projek yang membawa kepada kitaran teori pembelajaran Kolb:

Cadangan Perlaksanaan:

·                     Pelajar akan membentuk idea melalui perbincangan dan tugasan di dalam bilik darjah -Pengkonsepsian Abstrak (KA) / Abstarct Conceptualize (AC) -

·                     Mereka akan menggabungkan idea dengan perancangan tindakan bagi melaksanakan cadangan projek yang akan dijalankan - Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE)-

·                     Pelajar akan terlibat sepenuhnya dalam pengalaman pembelajaran ini melalui perlaksanaan projek mereka. - Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE) -

·                     Mereka juga diberi peluang untuk mereflek pengalaman dan berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain. - Pemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO)





---------------------------------------------------------------------------------------------------

(PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS) - JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)  


Monday 23 December 2013

n3 : 2 Irsyad 2013

Pengalaman menjadi guru kelas untuk tahun yang kedua. Nasib baik kelas pada tahun ni amat memuaskan, yuran setel awal, tiada pelajar yang bermasalah, kebanyakan pelajar byk memberi kerjasama sepanjang tahun ni....


belakang: zulhisyam, ajwad, ahmad, ainuddin, amirul adha, alif ikhwan, yusoff, aidil alif, danish, fais iman, danial de cruz.

tengah: ikmal, izzati, ain (S), nurin, batrisyia aina, anisatur, afiqah, maisarah, ain nazihah, thuhada, ruziah, adila, fatimah, syafiqah.

depan: nik kamil, ilyas, faiq, afiq, syamil, lokman, fasihah, nazuriS, komeng, sodikin, ashraf, kole, rafiq, taqi




""Life was meant to be lived, and curiosity must be kept alive"

KPR 4063 - MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGATI DEFINISI – DEFINISI FIZIK MELALUI KAEDAH KAD IMBASAN




---------------------------------------------------------------------------------------------------

(PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS) - JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)  


“Refleksi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sains Tingkatan 2 Bab 9 - Kestabilan”

Refleksi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sains Tingkatan 2
Bab 9 - Kestabilan

Oleh:


Muhamad Nazri Bin Samsudin
SMA al-Maidah Addiniah Padang Tengku
27200 Kuala Lipis



SENARIO PdP

Saya telah menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengenai topik kesembilan dalam Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan 2 iaitu Kestabilan (unit 9.2 – Menghargai Kepentingan Kestabilan. PdP ini telah dijalankan terhadap kelas 2 Irsyad tang merupakan kelas pada kedudukan yang ketiga daripada 4 kelas di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku. Seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada 23 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.

Saya telah menggunakan 2 masa pembelajaran iaitu selama 70 minit untuk mencapai objektif pembelajaran iaitu mencadangkan dua cara meningkatkan kestabilan objek di sekeliling mereka dan menerangkan dengan contoh tiga aplikasi kestabilan dalam kehidupan seharian. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam penguasaan untuk topik ini kerana pengelibatan saya dalam bidang kejuruteraan dalam topik ini serba sedikit membantu saya dalam menyediakan maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan dengan topik ini. Saya memulakan PdP saya dengan tanyangan video menggunakan LCD berkaitan seorang lelaki sedang meniti tali sambil memegang palang besi bertujuan untuk menarik minat dan tumpuan pelajar. Alhamdulillah para pelajar tertarik dengan video yang dipaparkan dan terdapat sebahagian pelajar yang dapat mengaitkan video tersebut dengan topik kestabilan ini. Aktiviti diteruskan dengan slaid gambar zirafah dan juga tayangan video perlawanan sumo yang bertujuan membantu pelajar mengingati semula pengajaran yang lepas dan melakukan perbincangan bagi mengembangkan pengetahuan berkaitan kestabilan. Saya telah memperuntukkan masa selama 15 minit bagi aktiviti ini. 

Kaedah utama yang telah saya gunakan dalam PdP ini adalah Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBM) dimana para pelajar diberikan satu situasi dan penyelesaian yang dibuat dalam bentuk model menara daripada bahan-bahan yang dibekalkan iaitu straw dan pita pelekat dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Aktiviti ini mengambil masa selama 40 minit dan pelajar begitu seronok melakukan aktiviti dan pelbagai rekabentuk yang kreatif telah dihasilkan.

Tahap kefahaman pelajar terhadap topik ini dapat dilihat dari rekabentuk model dan juga perbentangan yang telah dijalankan oleh para pelajar. Saya juga telah mengambil masa selama 15 minit untuk melakukan penilaian dan penyoalan serta perbincangan berkaitan kestabilan untuk mengakhiri pengajaran saya. Saya mendapati para pelajar mampu memberi jawapan yang memuaskan dan memenuhi objektif pembelajaran pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang pada PdP saya seperti kesukaran mengawal pelajar yang ramai, penggunaan perkataan-perkataan yang tidak sesuai, bahan aktiviti yang terhad dan pembahagian masa yang kurang baik serta keadaan pelajar yang tidak bersedia sedikit sebanyak telah mencacatkan perjalanan PdP saya.
  

PENULISAN ILMIAH : Kelemahan Pengawalan Kelas


1.0       Pengenalan

            Terdapat pelabagai kelemahan yang berlaku ketika guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) antaranya ialah kesukaran mengawal pelajar yang ramai, penggunaan perkataan-perkataan yang tidak sesuai, bahan aktiviti yang terhad dan pembahagian masa yang kurang baik serta keadaan pelajar yang tidak bersedia sedikit sebanyak telah mencacatkan perjalanan PdP. Segala kelemahan ini perlu diperbaiki bagi untuk penambahbaikan bagi sesi PdP yang akan datang. Adalah sangat penting bagi seorang guru untuk sentiasa menyedari dan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri.

            Salah satu kelemahan yang perlu keutamaan untuk penambahbaikan adalah kelemahan dalam pengawalan kelas. Ini kerana, sekiranya pengawalan kelas yang lemah tidak di perbaiki akan mengakibatkan masalah-masalah yang lain. Pengawalan kelas yang bagus akan menjadikan aktiviti dan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih lancar.

Menurut Haliza dan Joy (2009), pengurusan bilik darjah merujuk kepada semua tindakan guru semasa mengendalikan kelas supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk mengalakkan pembelajaran yang berkesan. Akan tetapi, sepanjang perlaksanaan PdP, suasana persekitaran yang tersusun dan pembelajaran yang berkesan tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh disebabkan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh guru. Situasi ini disokong oleh pendapat dari Mok Soon Sang (2004) yang menyatakan Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan elemen-elemen pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal.  Ini bermakna guru sebagai pengurus bilik darjah memainkan peranan sebagai perancang, pengelola, pengarah dan pengawal.

Oleh sebab itu, sekiranya guru dapat memainkan peranan sebagai pengelola, pengarah dan pengawal yang baik, maka pembelajaran yang berkesan secara menyeluruh dapat dilaksanakan. Akan tetapi, pengawalan pelajar yang masih lemah dari pihak guru yang merupakan kelemahan utama guru dapat dikesan dalam PdP pada kali ini dan perlu diperbaiki supaya suasana persekitaran yang tersusun dan pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan secara maksimum.


2.0       Faktor Kelemahan Pengawalan Kelas

            Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada masalah pengawalan kelas ini. Untuk memperbaiki kelemahan ini, guru perlu memahami punca-punca yang meyebabkan kelemahan yang berlaku dalam pengawalan kelas ini.

            Kelemahan dalam pengawalan kelas ini adalah disebabkan oleh keadaan pelajar yang terlalu ramai yang terdiri daripada 38 orang pelajar yang mempunyai karekter yang berbeza. Sikap pelajar yang berbeza-beza memerlukan kaedah yang berbeza-beza untuk mamastikan kelas dalam keadaan yang sentiasa terkawal. Bagi membantu dalam masalah pelajar yang terlalu ramai ini, pembelajaran secara koperatif telah digunakan. Menurut Tay (2000), pembelajaran  koperatif bermaksud sekumpulan murid bekerjasama belajar dalam kumpulan kecil bagi mencapai matlamat pendidikan yang dikongsi bersama.  Walaupun pembelajaran secara koperatif ini sedikit sebanyak telah membantu dalam proses pembelajaran, tetapi disebabkan pelajar yang terlalu ramai dan bahan yang tidak mencukupi menjadikan bilangan pelajar bagi setiap kumpulan terlalu ramai dan terdapat sebahagian pelajar yang tiada tugas melakukan kelakuan-kelakuan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu tumpuan pelajar dan guru di dalam kelas. Apabila berlaku perkara seperti ini akan menyebabkan masa yang banyak dihabiskan untuk mengawal

            Faktor lain yang mendorong kepada kelemahan pengawalan kelas ini adalah komunikasi yang kurang sesuai. Komunikasi di sini termasuklah arahan-arahan yang kurang jelas dari pihak guru. komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif dalam proses P&P (Mok, 2008).  Akan tetapi sekiranya pelajar tidak mengambil bahagian secara aktif dalam PdP menandakan komunikasi guru masih lemah dan menjadi faktor utama kepada kelemahan pengawalan kelas oleh guru. Sekiranya pelajar tidak faham atau masih tertanya-tanya akan apa perkara yang sepatutnya dilakukan, mereka akan mudah hilang tumpuan pada pelajaran di dalam kelas. Kehilangan tumpuan belajar murid-murid ini akan menjadikan pelajar mudah bosan dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Masalah akan menjadi lebih serius sekiranya pelajar-pelajar ini menganggu pelajar lain yang sedang menumpukan perhatian. Gurauan seperti ini boleh menyebabkan kelas menjadi kucar kacir dan menyulitkan lagi masalah pengawalan kelas oleh guru. Jadi, setiap guru perlu sedar betapa pentingnya komunikasi yang berkesan dalam membantu pengawalan kelas supaya perjalanan PdP menjadi lebih lancar.

            Salah satu ciri penting yang perlu ada dalam seseorang guru adalah ketegasan ketika mengawal kelas. Ketegasan di sini adalah tegas dalam memberi arahan supaya ia jelas dan dapat dipatuhi oleh para pelajar. Ketegasan ini banyak berkait rapat dengan komunikasi yang berkesan sperti yang telah dibincangkan di atas. Saayah Abu (2007) menyatakan bahawa guru perlu tegas apabila ada pelajar yang tidak menunjukkan minat belajar dan mengikuti sesi pembelajaran sambil lewa. Guru juga perlu tegas dalam menyampaikan arahan dan undang-undang di dalam kelas kerana ia mempengaruhi tingkahlaku pelajar semasa di dalam kelas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti kemalangan.

            Terdapat pelbagai lagi faktor yang mendorong kepada kelemahan pengawalan kelas oleh guru ini seperti yang telah dinyatakan  oleh Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses P&P tidak dapat dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya minat murid terhadap proses P&P serta kaedah tradisional dalam proses P&P masih digunakan. Tambahan pula, kurangnya rasa hormat kepada guru serta hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang murid juga menyebabkan mereka sering tidak mengendahkan tugasan dan arahan yang diberikan oleh guru.
  

3.0       Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, (2004). Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Peruruan di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan, Edisi ke-8, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Tay, L. K. (2000, November). Kaedah Pembelajaran Koperatif: Ke Arah Pembelajaran     Bacaan Pemahaman Teks Yang Berkesan. Jurnal Akademik MPSAH, 8, 1-8.
Mok, S. S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia            Sdn. Bhd.
Saayah Abu (2007). Education, Preschool Kuala Lumpur : PTS Professional
  

RUMUSAN


            Kesimpulannya, pengawalan kelas yang lemah akan mecacatkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berpendapat guru perlu banyak melakukan pergerakan dan pemantauan di keseluruhan kelas supaya pelajar akan sentiasa peka terhadap arahan yang disampaikan oleh guru. Sambil melakukan pemantauan, arahan-arahan perlu diperjelaskan lagi mengikut tahap pelajar supaya lebih difahami dan mudah di ikut. Setiap arahan perlu diperincikan supaya tidak wujud kekeliruan ataupun salah konsep di kalangan pelajar. Saya percaya, sekiranya pelajar tahu akan tugas masing-masing dan guru sentiasa beri perhatian kepada setiap murid, maka pengawalan kelas akan menjadi lebih mudah dan berkesan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

(PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS) - JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)  


Thursday 3 October 2013

KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan proses menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran, nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akan tetapi menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam domain pengurusan kurikulum bilik darjah ini.

Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salaha satu tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalm inovasi kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru.

Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.

Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan “inovasi” sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan “inovasi” ialah “inovatif” yang bererti bersifat inovasi.  Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru.  (Zainal bin Haji Bujang, 2008)
Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru, maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.  Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.  Menurut Esah Sulaiman dalam Amalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu.

Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan bahawa guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.”

Dengan adanya kurikulum bilik darjah yang sentiasa seiring dengan perkembangan zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan pendidikan seperti yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan 1995 iaitu untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Pendidikan pada abad ke-21 telah berubah tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kurikulum bilik darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan pelajar yang lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik. Ini disebabkan oleh pelajar pada zaman kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat yang terkini dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum bilik darjah, mereka akan mudah bosan.

Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya meneruskan pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang tumpuan.  Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan bahawa guru seharusnya melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang minat murid.  Kepelbagaian aktivti bukan sekadar berupaya menarik minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.

Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kepelbagaian aktiviti yang dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam Belajar adalah melalui pelbagai bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari oleh murid bahawa mereka sedang belajar.  Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat untuk belajar.  Guru turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan pembelajaran mereka.

Pengajaran dan pembelajaran juga tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar dengan inovasi dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adlah semakin luas dan tidak boleh dihadkan dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan adanya inovasi seperti ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan pelajar tidak mudah bosan dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik

            Selain itu, perubahan dan inovasi bilik darjah adalah penting  bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan kelas oleh guru. Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisyen.

Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.  Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu aspek yang amat penting.  Noraini Idris dan Shuki Osman, dalam Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis, menyatakan bahawa guru perlu menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran semasa mengajar. 

Manakala menurut Choong Lean Keow, dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku , persekitaran pembelajaran dalam konteks pendidikan merujuk kepada iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek tertentu iaitu pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal, dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. 

Mook Soon Sang dalam Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku pula mengemukakan ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif yang merangkumi hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya serta kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan.  Menurut beliau perasaan kekitaan antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan juga antara ciri bilik darjah yang baik. Dari aspek iklim persekolahan yang kondusif,  iklim persekolahan yang kondusif adalah iklim persekolahan yang terbuka dan menggalakkan murid bebas berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.  Seorang guru yang baik berupaya untuk mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.

            Dengan adanya perubahan dan inovasi kurikulum bilis darjah ini juga boleh mengatasi masalah kekurangan bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan masa. Segala keperluan yang sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh digantikan dengan penggunaan-penggunaan teknologi sperti penggunaan perisian-perisian yang bersesuaian dan juga melalui simulasi ataupun animasi berkomputer yang dapat membantu para pelajar merasai pengalaman dan membayangkan yang tidak pernah mereka lalui. Selain penglibatan alatan-alatan yang berteknologi, dengan konsep inovasi kurikulum bilik darjah, guru boleh menggantikan bahan-bahan yang sukar diperoleh dengan menghasilkan model-model yang hampir sama menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan juga boleh melibat penglibatan kesuluruhan pelajar.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan bahawa inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain).  Inovasi atau pengenalam idea-idea baru dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baru, perubahan-perubahan  prosedur yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan penghasilan kerja.Menurut INTAN, antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan inovasi adalah sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah.  Orang yang kreatif dan inovatif juga berani untuk untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan memudahkan sesuatu kerja selain suka bermain dengan idea dan berani mencuba. 










Rujukan:

Kamus Dewan.  (edisi keempat).  (2005).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Zainal bin Haji Bujang.  (2008).  Guru Bestari Pelajar Jauhari.  Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication.
Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon.  (2010).  Asas Kepimpinan  & Perkembangan Profesional.  Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid.  (2010).  Guru dan Cabaran Semasa.  Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel.  (2009).  Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.  Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.  Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.  (2009).  Murid dan Alam Belajar.  Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noraini Idris, Shuki Osman.  (2009).  Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis.  Kuala Lumpur : Mc Graw Hill
Choong Lean Keow.  (2009).  Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah LakuKuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang.  ( 2011).  Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku.  Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1994).  Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam.  Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

#          Inovasi kurikulum bilk darjah menjadikan guru lebih berinovasi
#          Peningkatan tumpuan murid
#          Melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik
#          Persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan kelas oleh guru

#          Mengatasi masalah kekangan kekurangan bahan pengajaran & Penjimatan tenaga, masa & kos