|
1.0 PENDAHULUAN
Proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) adalah salah satu elemen terpenting dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam usaha untuk menyediakan P&P
yang berkesan, kunci utama yang perlu dikuasai oleh setiap pendidik adalah
penguasaan dalam memahami unsur terpenting iaitu pelajar itu sendiri. Setiap
pendidik haruslah sedar bahawa setiap individu yang lahir adalah berbeza di
antara satu sama lain. Menurut Khairul
Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu
daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal,
moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin
terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus
memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi
pembelajaran di dalam kelas.
Kepelbagaian
yang wujud di antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan secara mendalam
bagi menetukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan
kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap
pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan
kepada jantina, peringkat umur, budaya,
latar sosial, keluarga dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap
daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta
kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.
Oleh
yang demikian, kajian terhadap pelajar adalah sangat penting bagi memahami
pelajar dengan lebih mendalam dan menghasilkan pelan pengajaran yang paling
sesuai.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Seiring dengan kemajuan era
globalisasi, bakat dan kepelbagaian pelajar juga semakin berkembang. Menyedari
kepentingan memahami pelajar yang pelbagai, satu kajian telah dijalankan dengan
memilih seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama al-Maidah addinniah Padang
Tengku. (SMAPT)
Pelajar, Nik Amni Binti Nik Lukman
merupakan salah seorang daripada pelajar cemerlang yang memperoleh 9A dalam
peperiksaan Penilaian Menegah Rendah (PMR) bagi tahun 2012 dan sedang mengikuti
kelas aliran sains di SMAPT. Pelajar berasal dari Kuala Lumpur dan menuntut di SMAPT bersama 2
beradik yang lain.
Pelajar berasal dari latar belakang keluarga
pertengahan di mana bapa beliau merupakan seorang pakar perunding teknologi
pemakanan manakala ibu sebagai suri rumah sepenuh masa. Pelajar
merupakan anak yang ke-2 daripada 7 orang adik beradik.
2.1 Objektif Kajian
2.1.1 Mengenalpasti contoh gaya
pembelajaran pelajar yang berkesan bagi pelajar cemerlang agar boleh diterapkan
dalam proses P&P
2.1.2 Memahami pelajar dengan lebih mendalam dari segi jadual belajar,
kaedah belajar
2.3 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini, penyelidik
berharap dapat memberi manfaat kepada peningkatan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, terutamanya kepada perkembangan pengajaran dan pembelajaran di
Sekolah Menengah Agama al-Maidah addiniah Padang Tengku. Selain itu, kajian ini
juga adalah penting bagi pendidik membantu memahami dengan lebih mendalam
pelajar – pelajar pada peringkat umur yang berkaitan.
3.0 METODOLOGI
Dalam proses memahami gaya belajar pelajar, beberapa kaedah yang
bersesuain telah digunakan. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif
iaitu menganalisis data menggunakan kaedah
3.1 Temubual
Temubual yang dilakukan adalah
bertujuan bagi mendapatkan lebih maklumat mengenai latar belakang pelajar,
jadual belajar dan kaedah belajar yang digunakan oleh pelajar tersebut
3.2 Pemerhatian
Menurut Teori kepelbagaian Dunn and
Dunn, pelajar boleh digolongkan kepada dua kumpulan iaitu kategori pelajar yang
dapat menguasai persekitaran (independent) dan pelajar dikuasai persekitaran
(dependent). Penentuan kepelbagaian pelajar adalah berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan semamasa di dalam kelas sewaktu proses P&P dan juga di luar waktu
P&P.
3.3 Soalselidik
Soal selidik yang dijalankan
bertujuan mengenalpasti kumpulan kecerdasan pelajar tesebut berdasarkan teori
kecerdasan kepelbagaian pelajar oleh Howard Gardner. Menurut
Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan
Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal
Linguistik, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal,
Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal,
Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan
Eksistensial,
Pelajar akan dinilai bedasarkan skor yang
diperoleh daripada soalselidik yang berkaitan. Penentuan jenis kepelbagaian
adalah berdasarkan skor yang tertinggi yang diperoleh.
4.0
DAPATAN KAJIAN
PENILAIAN
|
SKOR
|
|
Interpersonal
|
3.3
|
|
Intrapersonal
|
3.7
|
|
Kecerdasan
muzik
|
2.6
|
|
Kinestetik
|
3.7
|
|
Logik Matematik
|
4.1
|
|
Ruang
visual
|
3.5
|
|
Verbal
linguistic
|
3.8
|
|
Naturalis
|
2.6
|
Jadual 1
: Keputusan soal selidik
Menerusi soal selidik yang telah
dijalankan, pelajar ini boleh digolongkan dalam kumpulan yang cenderung kepada
kecerdasan logik matematik berdasarkan skor tertinggi yang diperoleh seperti
dalam jadual 1. Menurut Salhah
Abdullah (2009) pelajar yang cenderung kepada kecerdasan logik matematik
merupakan pelajar yang mempunyai kebolehan menggunakan nombor secara berkesan
dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab
akibat serta kebolehan menjangka. Membuat keputusan yang tidak berat sebelah
dan cekap menggunakan teknologi dalam menyelesaikan masalah.
Selain itu, pelajar juga boleh
dianggap mempunyai kecerdasan yang pelbagai berdasarkan skor yang diperoleh
kerana mempunyai kecenderungan bagi kecerdasan untuk verbal linguistik,
intrapersonal dan juga kinestetik.
Teori pengetahuan Piaget menekankan pentingnya
kegiatan seorang pelajar yang aktif dalam mengkonstruksikan pengetahuan. Hanya
dengan keaktifannya mengolah bahan, bertanya secara aktif, dan mencerna bahan
dengan kritis pelajar akan dapat menguasai bahan dengan lebih baik. Berdasarkan
pemerhatian yang telah dilakukan, ciri ciri yang ditekankan oleh Teori
Pengetahuan Piaget memang terdapat dalam diri pelajar ini. Pelajar ini
merupakan seorang yang aktif bertanya soalan yang berkaitan topik yang diajar
dan juga sering bertanyakan soalan-soalan pada aras yang tinggi. Selain aktif
di dalam kelas, pelajar ini mepunyai inkuiri yang tinggi ketika di luar waktu
P&P dan sering bertanya hal-hal pelajaran tidak kira di mana jua.
Pemerhatian di dalam kelas juga
menunjukkan pelajar cenderung kepada latihan – latihan yang melibatkan pengiraan
dan sentiasa menawarkan diri untuk mencuba di depan apabila soalan yang
melibatkan pengiraan diajukan kepada kelas. Situasi ini menyokong hasil
soalselidik yang menunujukkan pelajar ini cenderung kepada kecerdasan logic
matematik. Pelajar juga sentiasa berjaya menyelesaikan masalah tanpa bantuan
guru. Daripada pemerhatian ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar adalah
kategori pelajar yang boleh berdikari sendiri (field independence) jika dilihat dari sudut teori Dunn & Dunn.
Daripada temubual yang telah
dilakukan terhadap pelajar, apabila ditanya berkaitan jadual belajar, tiada
jadual belajar yg khusus dan hanya mengikuti jadual harian yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah dan asrama. Tetapi pelajar ini menegaskan bahawa
waktu yang selalu digunakan untuk mengulangkaji pelajaran adalah pada
waktu-waktu lapang dan ketika bosan. Menurut pelajar ini juga, waktu yang
paling berkesan untuk belajar adalah waktu malam terutama selepas waktu solat
Maghrib dan selepas solat Isya’. Perkara yang sering menghalang pelajar ini
untuk terus bersemangat mengulangkaji pelajaran adalah masalah mengatuk. Situasi
ini menyokong penyatan diatas bahawa pelajar ini juga mempunyai kecerdasan
intrapersonal.
Kaedah pembelajaran yang sering
digunakan adalah tumpuan semasa dalam kelas dan untuk mengekalkan tumpuan,
terutama ketika mengantuk atau ketika kelas yang kurang diminati, pelajar ini
sering membawa air masak dan juga gula-gula yang boleh mengurangkan masalah
mengantuk. Sekiranya keadaan masih lagi tidak berubah, pelajar ini akan meminta
bantuan rakan untuk memicit leher dan sentiasa mengekalkan postur badan yang
sesuai supaya dapat melancarkan proses pernafasan dan juga peredaran darah
supaya oksigen dapat dihantar ke otak.
Penekanan terhadap kaedah belajar
secara emosi juga sering diterapkan. Menurut Santrock (2004), motivasi ialah
proses menjana, mengarahkan dan mengekalkan tingkahlaku. Bagi mengekakan fokus
untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh beliau sering memikirkan tentang
pengorbanan yang telah dilakukan oleh keluarga terutama sekali ibu dan bapa.
Dengan cara ini pelajar dapat meningkatkan lagi motivasi untuk terus berusaha. Motivasi
sebegini juga dapat memberi peluang kepada pelajar yang kurang menaruh minat
dan harapan terhadap suatu aktiviti . Bagi mendapatkan ketenangan dalam
belajar, pelajar sering mengamalkan soalt dan juga bacaan al-Quran.
6.0 PENUTUP
Dapat disimpulkan bahawa pelajar
merupakan seorang yang tidak banyak bergantung kepada guru (field independence) dan mempunyai
kecerdasan logic matematik. Golongan pelajar sebegini akan memudahkan proses
P&P yang lebih berpusat kepada pelajar. Untuk mengembangkan potensi pelajar
seperti ini kaedah pengajaran yang sesuai adalah pengajaran menerusi latihan
pengukuhan dan perbentangan sesuai dan pengajaran yang melibatkan pemerhatian,
analisis ataupun aktiviti ujikaji makmal perlu diperbanyakkan.
7.0 RUJUKAN
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan
dan Abdul Aziz Abdul Syukur (2008),
Siri Pendidikan Guru :
Psikologi Pendidikan, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Dr Paul Suparno, Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, Yogyakarta : Penerbit Kanisius
Salhah Abdullah (2009), Kecerdasan
Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment