KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK
DARJAH
Pengurusan
kurikulum bilik darjah merupakan proses menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan
dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran,
nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan pembelajaran dan kurikulum dan
pengajaran. Akan tetapi menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang
yang sukar ditakrifkan (ill-defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan
ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai
perubahan yang telah berlaku dalam domain pengurusan kurikulum bilik darjah
ini.
Perubahan dan
inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salaha satu tahap dalam
pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada
refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalm inovasi
kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku
dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah juga harus
bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan
teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik
darjah adalah terletak pada tangan guru.
Perubahan dan inovasi
kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan
pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang
telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik
darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran
pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu,
bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum
bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.
Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan
“inovasi” sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat
dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan
sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru. Istilah
yang berkait rapat dengan “inovasi” ialah “inovatif” yang bererti bersifat
inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi
mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)
Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih
berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung
kepada guru, maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu
melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah
pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi adalah
mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti
keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti
yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid
dalam Guru dan Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki
keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan
generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan
terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa
untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut
Esah Sulaiman dalam Amalan Profesionalisme
Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap
keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan
tertentu.
Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan
inovatif. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010,
mengemukakan bahawa guru yang kreatif
dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak
dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran
serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.”
Dengan adanya kurikulum bilik darjah yang sentiasa seiring dengan
perkembangan zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal
dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah,
dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada
mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan pendidikan seperti
yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan 1995 iaitu untuk
membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat global, kesan
daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Pendidikan pada abad ke-21 telah berubah tidak hanya tertumpu di dalam
bilik darjah semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat,
kurikulum bilik darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan
pelajar yang lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik. Ini disebabkan oleh
pelajar pada zaman kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat
yang terkini dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum bilik darjah, mereka
akan mudah bosan.
Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya meneruskan
pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang
tumpuan. Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan bahawa guru seharusnya
melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang
minat murid. Kepelbagaian aktivti bukan sekadar berupaya menarik minat
murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana murid tertunggu-tunggu
untuk melihat aktiviti berikutnya.
Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara
kepelbagaian aktiviti yang dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid
dan Alam Belajar adalah melalui pelbagai bermain sebagai usaha menarik
minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari oleh murid bahawa
mereka sedang belajar. Bagi murid-murid
yang mempunyai gaya
berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau
penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang
kurang berminat untuk belajar. Guru turut boleh mendorong pembelajaran
pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik selain daripada
menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau
menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan pembelajaran mereka.
Pengajaran dan pembelajaran juga tidak seharusnya
hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar dengan inovasi dalam kurikulum bilik
darjah, takrif bilik darjah juga adlah semakin luas dan tidak boleh dihadkan
dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan adanya inovasi
seperti ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan pelajar tidak
mudah bosan dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan
dinamik
Selain itu, perubahan dan inovasi
bilik darjah adalah penting bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan
pengawalan kelas oleh guru. Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan
bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang
menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan
tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan
masa pembelajaran yang efisyen.
Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya
mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang
seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.
Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu
aspek yang amat penting. Noraini Idris dan Shuki Osman, dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Teori dan Praktis, menyatakan
bahawa guru perlu menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap
pembelajaran semasa mengajar.
Manakala menurut Choong Lean Keow, dalam Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku , persekitaran
pembelajaran dalam konteks pendidikan merujuk kepada iklim dan budaya bilik
darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek tertentu iaitu pola
komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal, dan
kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.
Mook Soon Sang dalam Pengurusan Bilik Darjah &
Tingkah Laku pula mengemukakan ciri-ciri
iklim bilik darjah yang kondusif yang merangkumi hubungan yang saling
hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya serta kesukarelaan
pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang
diaturkan. Menurut beliau perasaan kekitaan antara pelajar-pelajar dengan
guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan kewujudan satu keadaan yang
setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan
juga antara ciri bilik darjah yang baik. Dari aspek iklim persekolahan yang
kondusif, iklim persekolahan yang
kondusif adalah iklim persekolahan yang terbuka dan menggalakkan murid bebas
berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, serta bebas
melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Seorang guru yang baik berupaya
untuk mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
Dengan adanya perubahan
dan inovasi kurikulum bilis darjah ini juga boleh mengatasi masalah kekurangan
bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan masa. Segala keperluan yang
sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh digantikan dengan
penggunaan-penggunaan teknologi sperti penggunaan perisian-perisian yang
bersesuaian dan juga melalui simulasi ataupun animasi berkomputer yang dapat
membantu para pelajar merasai pengalaman dan membayangkan yang tidak pernah
mereka lalui. Selain penglibatan alatan-alatan yang berteknologi, dengan konsep
inovasi kurikulum bilik darjah, guru boleh menggantikan bahan-bahan yang sukar
diperoleh dengan menghasilkan model-model yang hampir sama menggunakan
bahan-bahan yang mudah diperolehi dan juga boleh melibat penglibatan
kesuluruhan pelajar.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan
bahawa inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan
(seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain). Inovasi atau pengenalam idea-idea
baru dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baru,
perubahan-perubahan prosedur
yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan
penghasilan kerja.Menurut INTAN, antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat
kreativiti dan inovasi adalah sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam
menyelesaikan masalah. Orang yang kreatif
dan inovatif juga berani untuk untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan
memudahkan sesuatu kerja selain suka bermain dengan idea dan berani
mencuba.
Rujukan:
Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zainal bin Haji Bujang. (2008).
Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : Al-Hidayah
Publication.
Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme
Perguruan, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Syed Ismail bin
Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah
A. Rashid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid,
Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Selangor : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Noraini Idris,
Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan
Praktis. Kuala Lumpur
: Mc Graw Hill
Choong Lean
Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon
Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah
Laku. Selangor : Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1994). Citra Karya
Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
KEPENTINGAN PERUBAHAN
DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH
# Inovasi
kurikulum bilk darjah menjadikan guru lebih berinovasi
# Peningkatan tumpuan murid
# Melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan
dinamik
# Persekitaran pembelajaran
yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan kelas oleh guru
# Mengatasi masalah kekangan
kekurangan bahan pengajaran & Penjimatan tenaga, masa & kos
Sangat membantu. tq
ReplyDeleteokies
ReplyDelete