persediaan final exam tuk semester 1 sesi 2013/14
Terdapat dua kaedah pembelajaran refleksi;
a) Pembelaran
KOLB (1984)
b) Pembelajaran
GIBBS (1988)
a) Kaedah Pembelajaran KOLB
Kaedah Teori Pembelajaran
kitaran KOLB menyarankan bahawa refleksi membolehkan guru atau pelajar
menegetahui tentang pola tindakan yang berlaku di dalam prose pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan refleksi membolehkan guru atau pelajar untuk membentuk
konsep-konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat generaisasi .
Malah KOLB menyatakan:
“Pembelajaran merupakan
satu proses integrasi yang berada dalam satu kitaran dan bermula dengan
pengalaman diikuti dengan pengumpulan data dan pemerhatian tentang pengalaman
tersebut. Data akan dianalisis dan kesimpulan yang diperolehi akan digunakan
untuk mengubahsuai tingkahlaku dalam menghadapi satu situsi pengalaman yang
baru”
(Kolb, dalam
Sadler-Smith, 1997)
Kolb (1984) menyatakan bahawa
dalam proses pembelajaran, sesorang individu akan melalui empat peringkat
kitaran pembelajaran yang saling berkaitan antara satu sama lain dan saling
bantu membantu bagi mencapai objektif pembelajaran. Kitaran pembelajaran
menurut teori Kolb ini bermula daripada peringkat Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete
Experience (CE) à
Pemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO) à Pengkonsepsian Abstrak
(KA) / Abstarct Conceptualize (AC) à
Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE).
Rajah 9.2 menggambarkan secara
ringkas Model Teori Pembelajaran Refleksi. Model ini boleh diperincikan seperti
berikut:
Rajah 9.2: Model
dan Kitaran Teori Pembelajaran Refleksi
LANGKAH PEMBELAJARAN KOLB
KEBOLEHAN
|
|
AKTIVITI
|
|
PENGLIBATAN
|
Concrete Experience
(CE)
|
|
Libatkan diri dengan pengalaman baru
|
|
Feeling
|
Reflection Observation
(RO)
|
|
Fikir dan perhatikan pengalaman dari
semua sudut
|
|
Watching
|
Abstract Conceptualize (AC)
|
|
Cipta konsep-konsep yang diintegrasikan
dari pengalaman pengamatan teori
|
|
Training
|
Active Experience (AE)
|
|
Gunakan teori bagi memecahkan masalah
serta membuat keputusan
|
|
Doing
|
Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE)
Dalam pengalaman konkrit,
pelajar terlibat dengan pengalaman baru. Intuisi amat ditekankan. Pelajar perlu
berfikiran terbuka, mudah beradaptasi ,intuitif dan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Pemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation
(RO)
Pelajar menjadi pemerhati yang
objektif. Kemahiran mendengar, memerhati dan menyedari perubahan amat penting
bagi individu yang terlibat dalam gaya pembelajaran ini. Ia juga menerangkan
sikap pelajar reflektif menyatakan bahawa sesetengah orang gemar bersikap ‘tunggu
dan lihat, memerhati dan mendengar perbincangan orang lain terlebih dahulu
dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan apabila soalan diajukan, mereka
mengambil masa untuk berfikir, teragak-agak dan kurang berkeyakinan.
Pengkonsepsian Abstrak (KA) / Abstarct
Conceptualize (AC)
Pelajar berusaha untuk
mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk
konsep, teori dan idea. Aspek pemikiran ditekankan berbanding intuisi.
Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE)
Pelajar terlibat secara
langsung dengan persekitaran. Gaya dominan yang terlibat dalam eksperimentasi
aktif ialah pengujian. Startegi utama adalah mencari jalan penyelesaian yang
tepat dan mendapat keputusan yang praktikal. Mampu melihat suatu perkara dari
pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif.
Kolb juga telah mengkategorikan pelajar atau individu ke
dalam kumpulan yang dikenali sebagai diverger, asimilator, konverger dan
akomodator berdasarkan empat gaya pembelajaran yang tersebut.
1. Diverger
Ciri-ciri diverger ialah
mempunyai kebolehan dalam menjana idea, membuat persepsi terhadap maklumat yang
konkrit, suka mendengar dan berkongsi idea, gemar menyatukan pengalaman dengan
perasaan, mempunyai imaginasi yang baik, jelas serta nyata dan memprosesnya dengan
cara membuat pemerhatian yang reflektif bagi melahirkan idea yang baru tanpa
sebarang praktikal. Mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif,
bersifat emosional, kreatif dan inovatif.
2. Asimilator
Asimilator
pula mempunyai kekuatan pada kebolehan mencipta model berasaskan teori dan
memahami konsep yang abstrak, yang memerlukan analisis lebih mendalam, tetapi
memproses maklumat tersebut secara pemerhatian reflektif, gemar menyatukan
pemerhatian dengan pengetahuan sedia ada dan ingin sentiasa mendapat jawapan
yang betul dalam menyelesaikan masalah.
3. Konverger
Konverger
pula merupakan pelajar yang aktif, gemar menyatukan teori dan praktis,
menggunakan pengetahuan abstrak dan juga akal waras (common sense),
memprosesnya dengan cara membuat percubaan dan latihanyang aktif serta
mempunyai kelebihan dalam mengaplikasikan idea-idea yang praktikal dalam proses
pembelajaran.
4. Akomodator
Akomodator
pula merupakan pelajar yang sangat aktif dan kreatif, belajar dengan mencuba
hingga berjaya tanpa bantuan dari pengajar, merupakan kumpulan yang bersifat
intuitif, menjana kesimpulan berasaskan intuisi, berani mengambil risiko dalam
melakukan sesuatu, membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit sahaja dan
memprosesya dengan cara membuat percubaan dan latihan yang aktif. Mudah beradaptasi
dengan situasi baru dan mempunyai kebolehan semulajadi sebagai ketua.
Aplikasi pembelajaran Kolb
dalam bilik darjah boleh dilakukan melalui memberi sesuatu tugasan atau projek
mengikut keupayaan dan pengalamn pelajar. Setiap tugasan dan projek perlu
dirancang agar matlamat pembelajaran dan pendekatan teori pembelajaran Kolb
tercapai. Berikut contoh yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Arahan: Cadangkan satu tugasan
atau projek yang membawa kepada kitaran teori pembelajaran Kolb:
Cadangan Perlaksanaan:
·
Pelajar akan membentuk idea
melalui perbincangan dan tugasan di dalam bilik darjah -Pengkonsepsian Abstrak (KA)
/ Abstarct Conceptualize (AC) -
·
Mereka akan menggabungkan
idea dengan perancangan tindakan bagi melaksanakan cadangan projek yang akan
dijalankan - Percubaan Aktif (PA) / Active
Experience (AE)-
·
Pelajar akan terlibat
sepenuhnya dalam pengalaman pembelajaran ini melalui perlaksanaan projek
mereka. - Pengalaman
Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE) -
·
Mereka juga diberi peluang
untuk mereflek pengalaman dan berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain. - Pemerhatian
Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO)
No comments:
Post a Comment