Thursday, 4 June 2015
n3_FIZIK: KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 9 - ELEKTRONIK
Labels:
bank soalan,
BS FIZIK,
CH 9,
physics,
SPM FIZIK,
TRIAL FIZIK
n3_FIZIK: KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 8 - ELEKTROMAGNET
Labels:
bank soalan,
BS FIZIK,
CH 8,
physics,
SPM FIZIK,
TRIAL FIZIK
n3_FIZIK: KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 7 - ELEKTRIK
Labels:
bank soalan,
BS FIZIK,
CH 7,
physics,
SPM FIZIK,
TRIAL FIZIK
n3_FIZIK: KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 6 - GELOMBANG
Labels:
bank soalan,
BS FIZIK,
CH 6,
physics,
SPM FIZIK,
TRIAL FIZIK
n3_FIZIK: KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 5 - CAHAYA
n3_FIZIK: KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 4 - HABA
n3_FIZIK: KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 3 : DAYA & TEKANAN
Labels:
bank soalan,
CH 3,
EXAM,
physics,
SPM FIZIK,
TRIAL FIZIK
n3_FIZIK: KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 2 - DAYA & GERAKAN
Labels:
bank soalan,
BS FIZIK,
CH 2,
physics,
SPM FIZIK,
TRIAL FIZIK
n3_FIZIK: KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 1 - PENGENALAN KEPADA FIZIK
KOLEKSI TRIAL NEGERI - BAB 1 - PENGENALAN KEPADA FIZIK
"Apply Physics in Daily Life"
credits to : nazuriS
Labels:
bank soalan,
BS FIZIK,
CH 1,
physics,
SPM FIZIK,
TRIAL FIZIK
Sunday, 31 May 2015
n3_FIZIK: Koleksi kertas 3 Bahagian B
Labels:
bank soalan,
BS FIZIK,
CH 1,
CH 10,
CH 2,
CH 3,
CH 4,
CH 5,
CH 6,
CH 7,
CH 8,
CH 9,
EXAM,
exam dalaman,
peka fizik,
physics,
SPM FIZIK,
TRIAL FIZIK
n3_Teknik Menjawab : MODUL SOALAN PENERANGAN FIZIK SPM
MODUL SOALAN PENERANGAN FIZIK SPM
"Live with no excuses and love with no regrets"
credits to : nazuriS
n3_KPF 4013 : KPF4013 TUGASAN INDIVIDU
RPH DAN KRITERIA PEMBINAAN BERKESAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
berhasrat untuk melahirkan modal insan yang baik dan seimbang dari sudut
intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang sekaligus akan menjadi anggota
masyarakat dan warganegara yang baik serta berupaya untuk mendepani cabaran
globalisasi masa kini. Pernyataan ini telah dijelaskan di dalam Falsafah
Pendidikan Negara:
“ Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkerampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga dan negara “(Falsafah
Pendidikan Negara 1988)
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah merangka
dan melaksanakan pelbagai usaha seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam pendidikan dan yang terbaru
Petunjuk Prestasi Utama atau Key
Performance Indicators (KPI) bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
meninggalkan kesan yang optimum ke dalam diri pelajar. Bagi merealisasikan hasrat murni Kementerian
Pelajaran Malaysia
yang ingin memartabatkan sistem pendidikan negara sebagai bertaraf dunia, maka
ia memerlukan guru yang profesional, kreatif, inovatif, dinamik dan
progresif. Semua ciri ini amat penting bagi seorang guru untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran memberi impak yang maksimum ke dalam diri
pelajar.
Tugas utama seorang guru adalah
untuk memudahkan pembelajaran
para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru
bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan
harmonis, tetapi mereka juga perlu menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna, guru perlu mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping
sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Chua Tee Tee dan Koh Boh
Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal
haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Menurut Gardner
(1983) dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul
Syukur (2008), terdapat sembilan jenis kecerdasan
dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan
Verbal Linguistik, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal,
Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal,
Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan
Eksistensial.Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang
berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil
pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran
berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal
pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka
tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran.
Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang
berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi
pelajaran yang disampaikan.
Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan
dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi
meransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga haruslah mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Guru perlu bijak menarik perhatian pelajar dalam sesuatu
pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih mestilah menarik dan mempunyai
potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep
diterjemahkan secara jelas. Aktiviti
juga harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara
berkesan. Dalam merancang persediaan
mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik serta
diselaraskan dengan isi kandungan dan objektif pengajaran bagi menjamin proses
pengajaran dan pembelajaran berkesan.
2.0 RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH), DAN KRITERIA PEMBINAAN
BERKESAN
Dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran terdapat
beberapa ciri yang diperhatikan iaitu rancangan pengajaran tahunan dan harian.
Penyediaan terhadap rancangan pengajaran ini bertujuan memastikan pengajaran
dan pembelajaran dijalankan berdasarkan sukatan pelajaran dan menepati kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui rancangan pengajaran ini, guru dapat
membuat penilaian terhadap kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan perancangan dan penyampaiannya. Penyediaan
rancangan pengajaran hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan.Ini
dilaksanakan melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan
berkesan. Penyediaan rancangan pengajaran terbahagi kepada dua iaitu;
1. Rancangan
Pengajaran Tahunan
Rancangan
pengajaran tahunan disediakan pada awal tahun persekolahan. Penyediaan
rancangan ini berpandukan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, kesesuaian
tahap kebolehan pelajar dan keadaan semasa. Penulisan rancangan tahunan ini
hendaklah ditulis mengikut panduan yang ditetapkan seperti tajuk mata
pelajaran, objektif, hasil pembelajaran yang dihasratkan, bilangan minggu dan
catatan. (Surat Pekeliling Bil 3/1987) Penyediaan persediaan mengajar
melibatkan piawaian kandungan persediaan mengajar yang ditetapkan seperti
mempamerkan visi, misi, matlamat dan piagam sekolah. Pencerapan dan refleksi
guru dijalankan bagi memastikan guru-guru menjalankan pengajaran dan
pembelajaran berpandukan matlamat yang ditetapkan.
2. Rancangan
Pengajaran Harian
Penyediaan rancangan harian
hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat. Rancangan pengajaran harlan
hendaklah mengandungi butiran seperti tarikh, hari, masa, mata pelajaran, tajuk
dan aktiviti pembelajaran.
2.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau
makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru
menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif
pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk
mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan
berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru,
semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan,
matlamat dan objektif yang perlu dicapai dan dikuasai murid, serta motivasi dan
strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.
Menurut
Ibrahim Mamat (2001) dalam Abdullah
Sani Yahaya (2005), Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan pelaksanaan
kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematik. Matlamat utama rancangan
pengajaran harian ialah bagi mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik
darjah supaya pendidikan yang diberi dan membantu pelajar mencapai
kecemerlangan dalam semua aspek iaitu rohani, jasmani, emosi dan intelek. Ini
termasuklah penyediaan rancangan pengajaran di dalam bilik darjah. Penyediaan dijalankan secara
sistematik dan berlandaskan hubungan profesionalisme di antara guru dan para
pelajar bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Menurut
Shahabuddin Hashim, Rohizani
binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad (2007), Guru
juga perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar sebelum memulakan
sesuatu pengajaran. Sebaik-baiknya persediaan ini dibuat sehari sebelum
pengajaran bermula bagi membolehkan guru betul-betul bersedia dengan kaedah,
aktiviti dan contoh serta bahan atau sumber yang sesuai bagi memenuhi objektif ditetapkan.
Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu
perancangan mengajar, perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan
penilaian. Pada peringkat perancangan pengajaran, beberapa perkara perlu di
kumpul atau disediakan oleh guru bagi merancang penyampaiannya secara Iebih
efektif.
Perkara-perkara tersebut ialah maklumat mengenai murid, bilik
darjah dan mata pelajaran; topik aktiviti; pengetahuan sedia ada dan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang
dan disediakan dengan lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan
jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat membantu pelajar meningkatkan tahap
pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan murid bermasalah
pembelajaran.
Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan teratur
membolehkan guru :
i. Menentukan objektif pelajaran yang
sesuai dan tidak terkeluar dari apa yang dirancang
ii. Memahami dan menentukan isi pelajaran
yang cukup disampaikan dalam jangka masa yang diperuntukkan
iii. Menentukan strategi pengajaran yang
sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar
iv. Menentukan dan menyediakan bahan bantu
mengajar yang diperlukan
v. Merancang
aktiviti pelajar yang sesuai
vi. Mengawal
bilik darjah dengan baik
vii. Menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
viii. Guru
lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid
ix. Mengingati
bahan pengajaran yang akan disampaikan
x. Menjimatkan masa kerana segala
pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur
xi. Memilih jenis soalan yang sesuai serta
mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran
xii. Memikirkan cara untuk memotivasikan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
xiii. Merancang bagaimana nilai murni dapat
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Manakala menurut Zaini Abdullah (2005), rancangan
pengajaran yang teratur akan menjadikan murid ;
i. Murid
tidak rasa bosan.
ii. Murid
rasa seronok belajar.
iii. Murid
dapat dipantau prestasinya.
iv. Murid
dapat pengetahuan yang maksima.
v. Murid
belajar dalam keadaan yang berfokus.
vi. Murid
dapat dikenalpasti kekuatan dan kelemahan.
vii. Murid
dapat mempelbagaikan proses pembelajaran.
vii. Murid
yang cerdas diberi peluang untuk memperkayakan pengetahuan.
viii. Murid yang lemah diberi peluang untuk
menjalani proses pemulihan semula.
2.2 KRITERIA PEMBINAAN BERKESAN
Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian merangkumi
item-item yang perlu dinyatakan dengan jelas dan mudah dilaksanakan. Antara
item yang perlu ada ialah
Sebagaimana contoh berikut:
2.2.1 Format
Persediaan Mengajar / Rancangan Pengajaran Harian
Tahun (Bilik darjah) :
Tarikh :
Masa :
Mata Pelajaran :
Tajuk / Topik :
Objektif :
Hasil Pembelajaran
Pengetahuan
Sedia Ada :
Alat
Bantu Mengajar :
Pemikiran
Kreatif & Kritis :
Nilai
Murni :
Pelaksanaan
P & P
Refleksi
:
|
2.2.2 Penentuan
Objektif
Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan
yang guru harapkan dan dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya.
Kegunaan Objektif
Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk
objektif tingkahlaku atau objektif perlakuan adalah banyak. Antaranya :
i. Menitikberatkan tingkahlaku dan
pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan guru, oleh itu guru perlu lebih peka
pada keperluan dan kebolehan pelajar
ii. Memberi arah tuju kepada guru di samping
dapat membantu menilai
kemajuan perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran
iii. Sebagai panduan kepada guru untuk perancang
dan memilih bahan
pengajaran yang sesuai dan
relevan
iv. Membantu guru dalam merancang, memilih dan
menentukan strategi
pengajaran
v. Memberi
gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan penyelia apa yang
harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran
vi. Memberi
bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi
vii. Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan
kendiri
viii. Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti
susulan
Penulisan Objektif
Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3
komponen iaitu :
i. Perlakuan
Menyatakan, apakah yang
pelajar akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan perlakuan objektif.
Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang diterima sebagai bukti
pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif.
ii. Syarat
Keadaan dimana perlakuan
itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan, bekalan, atau bahan
yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu perlakuan.
iii. Kriteria
Menerangkan paras
penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam melakukan perlakuan objektif
yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai perlakuan pelajar.
Rumusan penulisan objektif
i. Objektif
perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar
ii. Objektif
perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas, jitu dan eksplisit
iii. Objektif
mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan pelajar
iv. Objektif perlu ditulis degan menggunakan
perkataan perbuatan yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, perkataan-perkataan perlakuan itu tidak mempunyai banyak makna
dan boleh dinilai atau diukur
v. Tidak hanya mengkhususkan pada domain
kognitif sahaja, tetapi juga melibatkan domain afektif dan psikomotor.
2.2.3 Menentukan
Isi Pelajaran
Isi pelajaran yang perlu dinyatakan dalam rancangan
pengajaran harian adalah seperti yang dinyatakan mengikut topik-topik tertentu
dalam sukatan pelajaran . Walaubagaimanapun , pemeringkatan isi pelajaran
perlulah mengikut kebolehan pelajar dan prinsip-prinsip pembelajaran. Sebagai
contoh pemeringkatan isi pelajaran disusun seperti berikut :
I.
Dari konsep yang mudah à kompleks, dari senang à mudah dan dari yang konkrit à abstrak
II.
Dari konsep sudah ada dalam pengetahuan sedia ada kepada yang belum tahu
III.
Relevan dengan objektif yang telah ditentukan mengikut urutan , teratur,
mengikut perkembangan semasa dan
IV.
analitis dan kreatif
2.2.4 Pemilihan
sumber
Bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan objektif
pelajaran, tahap dan kebolehan pelajar. Menggunakan bahan yang tekini dan
sesuai dengan keadaan setempat, mempelbagaikan penggunaan bahan (dari gambar
pegun kepada penggunaan media elektronik), bahan yang digunakan perlulah cantik
, berwarna, menggunakan saiz font yang sesuai dan dapat menarik perhatian
pelajar.
2.2.5 Penentuan
Strategi Penyampaian
Guru disarankan untuk mempelbagikan penggunaan strategi
pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah
lebih baik digunakan. Ini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi hasil
yang maksimum. Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi
kandungan sukatan pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk
menyampaikan isi tersebut. Isi pelajaran boleh dipindahkan secara terus
daripada guru kepada pelajar dengan pelbagai cara seperti berkuliah, menunjuk
cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupun isi pelajaran dapat dipindahkan
secara tidak langsung dengan menggunakan cara pembelajaran melalui aktiviti
kumpulan, simulasi, main peranan, sumbang saran, inkuiri dan penemuan serta
lakonan.
Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
mencakupi kaedah dan teknik yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau
peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan
kepada strategi yang melibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada
pelajar perlu ditekankan. Disamping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3
M (membaca, menulis dan mengira) perlu juga di ambil kira.
Berdasarkan kepada kepentingan dan keperluan perancangan
pelajaran adalah jelas menunjukkan bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran
Harian yang teratur dan berkesan akan dapat membantu meningkatkan tahap
pengajaran dan pembelajaran pelajar terutamanya murid bermasalah pembelajaran.
2.2.6 Bahan Sokongan Konkrit
Bahan sokongan konkrit adalah merupakan antara jenis
bahan bantu mengajar. Ini kerana bahan konkrit dapat dilihat dan dipegang oleh
murid dengan tangan mereka sendiri. Oleh itu, semua deria dapat mereka gunakan
termasuklah mata, telinga, hidung dan tangan. Ini menggalakkan perkembangan
psikomotor mereka. Bahan sokongan konkrit
amat penting dalam membantu pelajar dalam proses pembelajaran kerana
bahan sokongan ini dapat menyediakan satu asas kuat untuk pelajar memahami
sesuatu konsep. Ini akan dapat membantu pelajar mendapatkan hasil pembelajaran
yang lebih kekal. Bahan sokongan konkrit ini juga dapat menjadi daya penarik
kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka.
Di samping itu bahan sokongan konkrit dapat menyediakan
pengalaman-pengalama yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan
menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Dalam menyediakan bahan
sokongan konkrit, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh guru :
i.
Guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai dengan
isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar.
ii.
Guru mesti arif dan tahu untuk mengendalikan bahan atau alat tersebut agar
pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia.
iii.
Bahan atau alatan harus sentiasa berada dalam keadaan baik, boleh
beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan
masa yang diperuntukan.
Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas
membuktikan bahawa penggunaan bahan konkrit adalah penting kerana penggunaannya
bukan sahaja pembelajaran menjadi menarik, malah pemahaman konsep matematik
pelajar dapat di perkembangkan lagi, kerana pelajar yang belajar dan berintraksi
dengan objek akan lebih memahami apa yang dipelajari dan pelajar-pelajar akan
membina konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Juga dapat menjimatkan masa guru mengajar
serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar
2.2.7 Refleksi
Menurut
Hanipah (1999), refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari
alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan
berterusan. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai, guru akan
membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah disampaikan kepada pelajar sama
ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah
disampaikan.
2.3 PERLAKSANAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
2.3.1 Penampilan
Diri Dan Disiplin
Bagi
memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, maka guru perlu
menjaga disiplin serta penampilan diri dengan datang ke bilik darjah pada masa
yang telah ditetapkan. Guru juga perlu berpenampilan menarik dengan cara berpakaian
kemas, ringkas dan tidak memakai perhiasan yang keterlaluan ketika mengajar. Pakaian
dan perhiasan yang keterlaluan akan mengganggu konsenterasi pelajar terhadap
isi pengajaran gurunya. John Molly dalam kajiannya terhadap 15,000 eksekutif
dan professional mendapati bahawa pakaian memberi kesan terhadap kebolehan dan
kewibawaan individu. Dengan ini jelaslah bahawa penampilan diri dan disiplin
seorang pensyarah dapat mempengaruhi secara langsung terhadap keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran muridnya.
2.3.2 Komunikasi
Berkesan.
Bagi memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bijak menggunakan kemahiran komunikasi
lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002), komunikasi adalah merupakan satu proses
pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman,
lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada penerima melalui
saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan. Guru perlu menyampaikan
pengajaran dengan suara yang jelas, nyata dan bersemangat. Komunikasi seharusnya
berlaku dua hala iaitu guru menyoal dan pelajar menjawab, dengan ini pelajar
akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam bilik kuliah
adalah disedari. Hasilnya pelajar akan
memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada isi pelajaran.
Selain komunikasi secara lisan, guru juga perlu mempraktikkan komunikasi bukan lisan yang merangkumi
pergerakan badan, penampilan dan persembahan diri, suara dan alam persekitaran
pelajar itu sendiri. Kajian oleh Ray
Birdwhistell (1955), menunjukkan bahawa
lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65% komunikasi bukan lisan perlu
dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar bagi memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
2.3.3 Penggunaan
Teknologi Maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat juga dapat membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa kini berkembang seiring
dengan kepesatan sains dan teknologi.
Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran
sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkatkan lagi usaha penyebaran
ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui
kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga
turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa
teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi
pengkomputeran dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang
lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang
kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Ledakan teknologi
pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian
daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan
guru dan pelajar.
Charles B.Klasek (1972), menyatakan bahawa pengajaran
guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya
dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan
berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian
ilmiah yang mengatakan bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70%
dan melalui pendengaran sebanyak 30% sahaja.
2.3.4 Pembelajaran
Koperatif Dan Kolaboratif
Proses
pengajaran dan pembelajaran yang efektif, menarik dan menyeronokkan juga dapat
dicapai melalui pelaksanaan usaha-usaha kreatif dan inovatif seseorang guru
walaupun pengajaran dan pembelajaran hanya di dalam bilk darjah. Ia boleh
direalisasikan dengan mempraktikkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif
iaitu gaya
pembelajaran peer teaching sesama
rakan pelajar.
Pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif bermaksud
pembelajaran secara kerjasama di mana pelajar belajar dalam kumpulan dan secara
bekerjasama, berinteraksi dan saling bantu membantu dalam aktiviti pembelajaran
dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang.
Menurut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud
kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran kolaboratif membawa
maksud sekumpulan pelajar berusaha ke arah mencapai prestasi yang baik, sama
ada dalam bidang akademik atau bidang kokurikulum. (Mok Soon Sang ,2008).
Kesimpulannya tugasan secara berkumpulan ini dapat
mempertingkatkan lagi minat belajar, motivasi diri dan pelajar menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan khalayak
sambil memberi pendapat, berhujah dan menjawab segala pertanyaan daripada rakan
seperjuangannya. Ini menunjukkan kepada
kita bahawa pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif memang dapat
mempertingkatkan lagi potensi diri pelajar.
2.3.5 Kemahiran
Berjenaka.
Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat diistilahkan sebagai
sesuatu perbuatan dan perilaku yang mencuit hati. Melakukan jenaka merupakan unsur hiburan dan
perkara yang disampaikan tidak pula dianggap sebagai fakta kerana ia hanya
merupakan suatu gurauan. Namun begitu guru
harus memastikan bahawa bahan jenaka
tersebut mesti ada kaitan atau releven
dengan isi pengajaran, menepati masa dan suasana, tidak menyentuh peribadi
seseorang individu dan tidak menghalang objektif pengajaran tercapai dengan
sempurna.
Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (1992 ) guru yang baik
mempunyai kualiti dan sifat tertentu.
Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang menjadikan
pengajaran mereka tidak membosankan.
Laurence J. Peter (1975), pula dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher Education,
menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang berkesan
dan berpengaruh.
Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan merupakan
salah satu ciri guru yang baik kerana mereka dapat menghasilkan perubahan
tingkah laku yang efektif di kalangan pelajar.
Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa unsur jenaka juga memainkan
peranan penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.3.6 Penggabungjalinan.
Penggabungjalinan bermaksud kesepaduan pengalaman
pembelajaran di antara matapelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 1992). Guru
perlu mempertimbangkan unsur-unsur daripada mata pelajaran lain yang berkaitan
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan, tegasnya merentasi kurikulum.
Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan pelajar
memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya (Omardin Ashaari 1999).
Strategi yang menggabungjalinkan mana-mana matapelajaran
dapat digunakan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memperkaya, memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam mempelajari mata
pelajaran lain. Dengan ini pelajar dapat
melihat perkaitan di antara disiplin
ilmu. Apa yang dipelajari tidak terpisah
dan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan bermakna
bagi diri pelajar.
3.0 ISU-ISU
BERKAITAN RPH DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PAHANG
3.1 BILANGAN
PELAJAR BAGI TIAP BILIK DARJAH YANG TERLALU RAMAI
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama
Negeri Pahang (JAIP) seperti dalam Lampiran 2, jumlah pelajar yang diterima
untuk memasuki sekolah menengah agama adalah seramai 40 hingga 45 orang bagi
tiap kelas bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2. Jumlah
pelajar yang terlalu ramai ini akan mewujudkan kepelbagaian pelajar yang
terlalu banyak sehingga menjadi satu cabaran baru bagi guru menyediakan
rancangan pengajaran harian yang berkesan mengikut kesesuaian tiap pelajar
Kepadatan pelajar dalam sesebuah kelas dikenal pasti
menyumbang beberapa perkara negatif kepada guru dan mutu pelajar. Rata-rata
guru mengaitkan beban kerja mereka dengan masalah berdepan pelajar terlalu
ramai dalam sesebuah kelas yang sesetengah mencecah 40 hingga 45 orang.
Akibatnya, guru hilang fokus mengajar.
Mereka turut mengalami tekanan emosi dengan telatah dan
kerenah pelajar dalam suasana kelas yang ‘tidak terkawal’. Isu itu juga memberi kesan negatif kepada pelajar kerana
belajar dalam suasana tidak tenteram. Hal ini menjejaskan pencapaian dalam
pelajaran dan peperiksaan mereka. Gangguan
rakan yang nakal boleh menjejaskan minat untuk tekun menuntut ilmu.
3.2 KEKANGAN MASA
Berdasarkan Laporan Kemasukan Guru ke
Kelas (rujuk Lampiran 3), masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru sekolah
menengah agama adalah jumlah masa mengajar secara mingguan yang terlalu banyak
tetapi jika dilihat jumlah masa dari aspek setiap matapelaran yang diajar pula
adalah terlalu sedikit menyebabkan timbulnya masalah untuk menghabiskan sukatan
pada masa yang ditetapkan sedangkan purata matapelajaran yang diajar bagi tiap
guru adalah 4 – 6 matapelajaran.
Merton (1957) menerusi Amir Hasan
Dawi (2005) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan
fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki
dalam aktiviti sosial tertentu. Fungsi tersembunyi pula merupakan suatu yang
tidak disedari atau tidak dijangkakan. Sekiranya suatu hasil struktur adalah
merupakan apa yang dikehendaki dan diiktiraf dalam sistem, ia telah menjalankan
fungsi ketara. Sebaliknya sekiranya hasilan adalah sesuatu yang tidak
dikehendaki atau dijangka maka jadilah ia fungsi tersembunyi.
Jika diperhatikan pada zaman kini,
fungsi nyata bagi guru bukan hanya melibatkan pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah semata-mata. Peranan guru di luar bilik darjah juga semakin
bertambah. Selain dibebani dengan fungsi nyata yang sudah sememangnya banyak,
guru-guru juga dibebani dengan pelbagai tugas yang boleh dikategorikan dalam
fungsi tersembunyi. Bebanan tugas yang pelbagai akan menyebabkan guru-guru ini
tidak cukup masa dan menyebabkan proses persediaan rancangan pengajaran harian
sering tergendala.
4.0 PENUTUP
Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi
dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan
kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang
dan disediakan dengan lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan
jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat membantu pelajar meningkatkan tahap
pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan murid bermasalah
pembelajaran.
5.0 BIBLIOGRAFI
Chua Tee Tee dan
Koh Boh Boon (1992) Pendidikan khas dan pemulihan: bacaan
asas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia
Suppiah Nachiappan,
Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Syukur (2008), Siri pendidikan guru: Psikologi pendidikan, Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah
Alsagoff (1983), Ilmu
pendidikan: pedagogi, Havelock Rd, Singapore: Heinemann Asia Pacific Pte Ltd
Abdullah Sani Yahaya (2005), Mengurus sekolah, Kuala
Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd
Shahabuddin
Hashim. Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad (2007). Pedagogi: Strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd
Zaini Abdullah (2011). Falsafah
dan perkembangan pendidikan di Malaysia : Siri nota pembelajaran
Hanipah Husin (1999).
Learning to be Reflective: The Content and nature of primary student
teachers' thinking during field experience in Malaysia. University of Sydney :
Charles B. Klasek (1972). Instructional
media in the modern school. Professional Educators Publications
Mak Soon Sang (2008). Kursus penilaian
tahap kecekapan P&P Gred DGA34. DG44 & DG48. K.Lumpur: Multimedia-ES
Resources sdn.Bhd.
Abdul Rahim Abdul Rashid (1992). Panduan
latihan mengajar. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laurence J. Peter (1975). Competencies for teacher education. California : Wadsworth Publishing Company
Pusat Perkembangan Kurikulum (1992). Pukal
latihan kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omardin Ashaari
(1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala
Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Amir
Hasan Dawi (2009). Sekolah dan masyarakat.
Tanjong Malim: Quantum Books
Surat Pekeliling Bil 3/1987
| ||
Statistik Pelajar mengikut kelas bagi Tahun 2013
| ||
Laporan Kemasukan Guru ke Kelas
| ||
Slaid Perbentangan
|
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)